Google Assistant
| Google Assistant | |
|---|---|
Google Assistant dalam Bahasa Vietnam | |
| Pembuat asal | Google (mul) |
| Pembangun | |
| Pelancaran pertama | 18 Mei 2016 |
| Versi terkini/stabil | |
| Ditulis dalam | C++ |
| Sistem pengendalian | Dihentikan
|
| Pelantar | |
| Pendahulu | Google Now |
| Pengganti | Google Gemini |
| Tersedia dalam | Bahasa Inggeris, Arab, Bengali, Sepanyol (Chile), Sepanyol (Colombia), Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Gujarati, Hindi, Hindi (Tradisional), Indonesia, Itali, Jepun, Kannada, Korea, Malayalam, Marathi, Norway, Poland, Portugis, Rusia, Sepanyol, Sweden, Tamil, Telugu, Thai, Turki, Urdu, Vietnam |
| Jenis | Virtual assistant (en) |
| Genre | Bantuan maya |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | assistant |
| Blog | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Google Assistant ialah satu aplikasi perisian pembantu maya yang dibangunkan oleh Google yang utamanya tersedia pada peranti automatik rumah dan peranti mudah alih. Berteraskan kecerdasan buatan, Google Assistant mampu terlibat dalam perbualan dua hala,[2] tidak seperti pembantu maya syarikat itu terdahulu, Google Now.
Pada 14 Mac 2025, telah diumumkan bahawa Assistant akan berhenti berfungsi pada peranti Android yang menggunakan Android 9 dan lebih tinggi, iOS, serta peranti lain seperti Google Nest, di mana ia sebahagian besarnya digantikan oleh Gemini. Assistant akan kekal tersedia untuk telefon julat rendah (siri spesifikasi rendah), telefon yang menjalankan Android 8.1 "Oreo" dan lebih rendah, serta peranti yang menjalankan Android Go.[3]
Google Assistant muncul buat kali pertama pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada aplikasi pemesejan Google Allo, dan pembesar suara diaktifkan suara Google Nest. Selepas tempoh eksklusif pada telefon pintar Google Pixel, ia telah diimplementasikan pada peranti Android yang lain bermula Februari 2017, termasuk telefon pintar pihak ketiga dan Android Wear (kini Wear OS), serta dikeluarkan sebagai aplikasi tersendiri pada sistem pengendalian iOS pada Mei 2017. Bersama-sama pengumuman kit pembangunan perisian pada April 2017, Assistant telah diperluaskan lagi untuk menyokong pelbagai jenis peranti, termasuk kereta dan perkakas rumah pintar pihak ketiga. Fungsi Assistant juga boleh ditingkatkan oleh pembangun pihak ketiga. Di CES 2018, paparan pintar berkuasa Assistant pertama (pembesar suara pintar dengan skrin video) telah diumumkan, dengan yang pertama dikeluarkan pada Julai 2018.[4] Pada tahun 2020, Google Assistant sudah sedia ada pada lebih daripada 1 bilion peranti.[5]
Pengguna terutamanya berinteraksi dengan Google Assistant melalui suara semulajadi, walaupun input papan kekunci juga disokong. Assistant mampu menjawab soalan, menjadualkan acara dan penggera, melaraskan tetapan peranti pengguna, memaparkan maklumat daripada akaun Google pengguna, bermain permainan, dan banyak lagi. Google juga telah mengumumkan bahawa Assistant akan dapat mengenal pasti objek dan mengumpul maklumat visual melalui kamera peranti, serta menyokong pembelian produk dan penghantaran wang. Google Assistant tersedia di lebih daripada 90 buah negara dan dalam lebih daripada 30 bahasa,[6] dan digunakan oleh lebih daripada 500 juta pengguna setiap bulan.[7]
Pada Oktober 2023, versi mudah alih bagi bot sembang Gemini, yang asalnya dinamakan Assistant with Bard dan kemudiannya Bard sahaja, telah dipertontonkan semasa acara Pixel 8. Ia ditetapkan untuk menggantikan Assistant sebagai pembantu utama pada peranti Android, walaupun Assistant asal akan kekal sebagai pilihan. Bot sembang tersebut telah dikeluarkan pada 8 Februari 2024 di Amerika Syarikat.[8][9][10][11]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Google Assistant telah diperkenalkan semasa persidangan pembangun Google pada 18 Mei 2016, sebagai sebahagian daripada pelancaran pembesar suara pintar Google Nest dan aplikasi penghantaran mesej baharu Allo; CEO Google Sundar Pichai menjelaskan bahawa Assistant direka untuk menjadi pengalaman perbualan dua hala, dan "pengalaman ambien yang merentasi pelbagai peranti".[12] Pada penghujung bulan tersebut, Google telah menugaskan ketua Google Doodle Ryan Germick dan mengambil bekas animator Pixar Emma Coats untuk membangunkan "personaliti yang lebih menarik".[13]
Perluasan platform
[sunting | sunting sumber]Bagi integrasi peringkat sistem di luar aplikasi Allo dan Google Nest, Google Assistant pada awalnya adalah eksklusif untuk telefon pintar Google Pixel.[14] Pada Februari 2017, Google mengumumkan bahawa ia telah mula membolehkan akses kepada Assistant pada telefon pintar Android yang menjalankan Android 6.0.1 atau 7.0, bermula di pasaran terpilih yang bertutur dalam bahasa Inggeris.[15][16] Tablet Android tidak menerima Assistant sebagai sebahagian daripada pelancaran ini.[17][18] Assistant juga diintegrasikan dalam Wear OS 2.0,[19] dan telah dimasukkan ke dalam versi Android TV[20][21] dan Android Auto yang seterusnya.[22] Pada Oktober 2017, Google Pixelbook menjadi komputer pekena (laptop) pertama yang menyertakan Google Assistant.[23] Google Assistant kemudiannya hadir pada Google Pixel Buds.[24] Pada Disember 2017, Google mengumumkan bahawa Assistant akan dikeluarkan untuk telefon yang menjalankan Android 5.0 melalui kemas kini kepada Google Play Services, serta tablet yang menjalankan 6.0 Marshmallow dan 7.0 Nougat.[25] Pada Februari 2019, Google dilaporkan mula menguji iklan dalam keputusan Google Assistant.[26]
Pada 15 Mei 2017, Android Police melaporkan bahawa Google Assistant bakal hadir ke sistem kendalian iOS sebagai aplikasi berasingan.[27] Maklumat tersebut disahkan dua hari kemudian di persidangan pembangun Google.[28][29]
Paparan pintar
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2018 di Consumer Electronics Show, "paparan pintar" dikuasakan Assistant yang pertama telah dikeluarkan.[30] Paparan pintar dipamerkan pada acara tersebut daripada Lenovo, Sony, JBL dan LG.[31] Peranti-peranti ini menyokong panggilan video Google Duo, video YouTube, arahan arah GMaps, agenda GCalendar, tontonan rakaman kamera pintar, di samping perkhidmatan yang berfungsi dengan peranti Google Home.[4]
Peranti-peranti ini berasaskan Android Things dan perisian buatan Google. Google memperkenalkan paparan pintarnya sendiri, Google Nest Hub pada Oktober 2018, dan kemudiannya Google Nest Hub Max, yang menggunakan platform sistem berbeza.[32]
Sokongan pembangun
[sunting | sunting sumber]Pada Disember 2016, Google melancarkan "Actions on Google", sebuah platform pembangun untuk Google Assistant. Actions on Google membolehkan pembangun pihak ketiga membina aplikasi untuk Google Assistant.[33][34] Pada Mac 2017, Google menambah alatan baharu untuk pembangunan di Actions on Google bagi menyokong penciptaan permainan untuk Google Assistant.[35] Pada asalnya terhad kepada pembesar suara pintar Google Nest, Actions on Google telah disediakan untuk peranti Android dan iOS pada Mei 2017,[36][37] di mana pada masa itu Google turut memperkenalkan direktori aplikasi untuk gambaran keseluruhan produk dan perkhidmatan yang serasi.[38] Bagi memberi insentif kepada pembangun untuk membina Actions, Google menganjurkan satu pertandingan dengan tempat pertama memenangi tiket ke persidangan pembangun Google 2018, $10,000, serta lawatan ke kampus Google, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima $7,500 dan $5,000, bersama sebuah Google Home.[39]
Pada April 2017, kit pembangunan perisian (SDK) telah dikeluarkan, membolehkan pembangun pihak ketiga membina peranti keras mereka sendiri yang boleh menjalankan Google Assistant.[40][41] Ia telah diintegrasikan ke dalam Raspberry Pi,[42][43] kereta daripada Audi dan Volvo,[44][45] serta barangan automasik rumah, termasuk peti sejuk, mesin basuh, dan ketuhar daripada syarikat seperti iRobot, LG, General Electric, dan D-Link.[46][47][48] Google mengemaskini SDK tersebut pada Disember 2017 untuk menambah beberapa ciri yang sebelum ini hanya disokong oleh pembesar suara pintar Google Home dan aplikasi telefon pintar Google Assistant.[49]
Ciri-ciri tersebut termasuklah:
- Pembuat peranti pihak ketiga boleh memasukkan arahan "Actions on Google" mereka sendiri untuk produk masing-masing
- Interaksi berasaskan teks dan pelbagai bahasa
- Pengguna boleh menetapkan lokasi geografi yang tepat untuk peranti bagi membolehkan pertanyaan khusus lokasi yang diperbaik.[50][51]
Pada 2 Mei 2018, Google mengumumkan program baharu yang memberi tumpuan kepada pelaburan dalam masa depan Google Assistant menerusi syarikat pemula peringkat awal. Tumpuan mereka adalah untuk membina persekitaran tempat pembangun boleh membina pengalaman yang lebih kaya untuk pengguna mereka. Ini termasuk syarikat pemula yang meluaskan ciri-ciri Assistant, membina peranti peranti keras baharu, atau hanya membezakan diri dalam pelbagai industri.[52]
Suara
[sunting | sunting sumber]Google Assistant dilancarkan menggunakan suara Kiki Baessell untuk suara wanita Amerika, pelakon suara yang sama untuk sistem mel suara Google Voice sejak 2010.[53]
Pada 11 Oktober 2019, Google mengumumkan bahawa Issa Rae telah ditambahkan pada Google Assistant sebagai suara pilihan, yang boleh didayakan oleh pengguna dengan menyebut "Okay, Google, talk like Issa".[54] Walau bagaimanapun, setakat April 2022, Google Assistant menjawab dengan "Sorry, that voice isn't available anymore, but you can try out another by asking me to change voices." sekiranya arahan tersebut diberikan.[perlu rujukan]
Interaksi
[sunting | sunting sumber]
Google Assistant, mengikut sifat dan kaedah Google Now, boleh membuat carian Internet, menjadualkan acara dan penggera, melaraskan tetapan tetapan peranti keras pada peranti pengguna, serta memaparkan maklumat daripada akaun Google pengguna. Walau bagaimanapun, berbeza dengan Google Now, Assistant boleh terlibat dalam perbualan dua hala dengan menggunakan algoritma pemprosesan bahasa tabii Google. Keputusan carian dipaparkan dalam format kad yang boleh diketik oleh pengguna untuk membuka halaman tersebut.[55] Pada Februari 2017, Google mengumumkan bahawa pengguna Google Home bakal boleh berbelanja sepenuhnya melalui suara untuk produk-produk menerusi perkhidmatan beli-belah Google Express, dengan produk yang tersedia daripada Whole Foods Market, Costco, Walgreens, PetSmart, dan Bed Bath & Beyond semasa pelancaran,[56][57] dan peruncit lain ditambah pada bulan-bulan berikutnya apabila perkongsian baharu dibentuk.[58][59] Google Assistant boleh menguruskan senarai beli-belah; ciri ini sebelumnya dilakukan dalam perkhidmatan mengambil nota GKeep, tetapi ciri tersebut telah dipindahkan ke Google Express dan aplikasi Google Home pada April 2017, yang mengakibatkan penurunan fungsi yang ketara.[60][61]
Pada Mei 2017, Google mengumumkan bahawa Assistant akan menyokong papan kekunci untuk input bertaip dan respons visual,[62][63] menyokong pengecaman objek dan mengumpul maklumat visual melalui kamera peranti,[64][65] serta menyokong pembelian produk[66][67] dan penghantaran wang.[68][69] Menerusi penggunaan papan kekunci, pengguna boleh melihat sejarah pertanyaan yang dibuat kepada Google Assistant, serta mengedit atau memadamkan input sebelumnya. Walau bagaimanapun, Assistant memberi amaran supaya tidak memadamkannya, kerana perkhidmatan ini menggunakan input sebelumnya untuk menjana jawapan yang lebih baik pada masa akan datang.[70] Pada November 2017, pengguna menjadi boleh mengenal pasti lagu yang sedang dimainkan dengan bertanya kepada Assistant.[71][72]
Google Assistant membolehkan pengguna mengaktifkan dan mengedit arahan pintas suara untuk melaksanakan tindakan pada peranti mereka (kedua-dua Android dan iPad/iPhone) atau mengkonfigurasikannya sebagai hab untuk pemasangan automatik rumah.
Ciri pengecaman pertuturan ini tersedia dalam bahasa Inggeris, antara bahasa-bahasa lain.[73] Pada Julai 2018, versi Google Home bagi Assistant mendapat sokongan untuk pelbagai tindakan yang dicetuskan oleh satu arahan pintas suara.[74]
Di persidangan pembangun tahunan Google I/O pada 8 Mei 2018, CEO Google mengumumkan penambahan enam pilihan suara baharu untuk Google Assistant, dengan salah satunya merupakan suara John Legend.[75] Ini dimungkinkan oleh WaveNet, pemboleh suara yang dibangunkan oleh DeepMind, yang mengurangkan jumlah sampel audio yang perlu dihasilkan oleh pelakon suara dengan ketara untuk mencipta model suara.[76] Walau bagaimanapun, penampilan suara jemputan John Legend dalam Google Assistant telah dihentikan pada 23 Mac 2020.[77][78]
Pada Ogos 2018, Google menambah keupayaan dwibahasa pada Google Assistant untuk bahasa sedia ada yang disokong pada peranti. Laporan terkini menyatakan bahawa ia mungkin menyokong sokongan pelbagai bahasa dengan menetapkan bahasa lalai ketiga pada telefon Android.[79]
Teks-ke-Pertuturan boleh mengenal pasti tanda koma, tanda soal, dan tanda noktah dalam permintaan transkripsi.[80]
Pada April 2019, permainan audio paling popular dalam Assistant, Crystal Ball dan Lucky Trivia, mengalami perubahan suara terbesar dalam sejarah aplikasi tersebut. Suara dalam assistant telah dapat menambah ekspresi pada permainan. Sebagai contoh, dalam permainan Crystal Ball, suara tersebut akan bercakap perlahan dan lembut semasa pengenalan dan sebelum jawapan didedahkan untuk menjadikan permainan lebih menarik, manakala dalam permainan Lucky Trivia, suara tersebut menjadi bersemangat seperti pengacara rancangan permainan. Dalam suara beraksen British untuk Crystal Ball, suara itu akan menyebut perkataan 'probably' dengan nada menurun seolah-olah dia tidak terlalu pasti. Permainan tersebut menggunakan suara teks-ke-pertuturan yang menjadikan suara itu lebih berbunyi robotik. Walau bagaimanapun, pada Mei 2019, didapati terdapat ralat pada API pertuturan yang menyebabkan permainan tersebut kehilangan suara berkualiti studio. Permainan audio ini telah dibetulkan pada Mei 2019.
Mod Pentafsir
[sunting | sunting sumber]Pada 12 Disember 2019, Google telah memperkenalkan mod pentafsir (interpreter mode) dalam aplikasi Google Assistant untuk peranti Android dan iOS. Ciri ini menyediakan terjemahan perbualan secara masa nyata yang mana sebelum ini hanya tersedia pada penceramah pintar dan paparan pintar Google Home.[81] Google Assistant telah memenangi Anugerah Webby 2020 bagi Pengalaman Pengguna Terbaik dalam kategori: Aplikasi, Mudah Alih & Suara.[82]
Pada 5 Mac 2020, Google memperkenalkan ciri pada Google Assistant yang membolehkan halaman web dibacakan secara kuat dalam 42 bahasa.[83][84]
Pada 15 Oktober 2020, Google mengumumkan fungsi baharu 'gumam untuk mencari' (hum to search) untuk mencari lagu dengan hanya bergumam, bersiul, atau menyanyikan lagu tersebut.[85][86]
Google Duplex
[sunting | sunting sumber]Pada Mei 2018, Google mendedahkan Duplex, satu lanjutan daripada Google Assistant yang membolehkannya menjalankan perbualan semula jadi dengan meniru suara manusia, hampir menyerupai panggilan robot.[87] Pembantu ini boleh menyelesaikan tugas secara autonomi seperti membuat panggilan ke salon rambut untuk menempah janji temu, menjadualkan tempahan restoran, atau menghubungi perniagaan untuk mengesahkan waktu perniagaan sewaktu cuti.[88] Walaupun Duplex boleh menyelesaikan sebahagian besar tugasnya secara autonomi, ia mampu mengenalpasti situasi yang tidak dapat diselesaikannya dan boleh memberi isyarat kepada pengendali manusia untuk menyiapkan tugas tersebut. Duplex dicipta untuk bercakap dalam suara dan bahasa yang lebih semula jadi dengan memasukkan ketidaklancaran pertuturan seperti kata pengisi "hmm" dan "uh" serta menggunakan frasa biasa seperti "mhm" dan "gotcha", di samping intonasi dan kependaman respons yang lebih menyerupai manusia.[89][90][91] Duplex pada masa ini sedang dalam pembangunan dan telah dikeluarkan secara terhad pada lewat tahun 2018 untuk pengguna Google Pixel.[92] Semasa pelancaran terhad ini, pengguna telefon Pixel di Atlanta, New York, Phoenix, dan San Francisco hanya boleh menggunakan Duplex untuk membuat tempahan restoran.[93] Sehingga Oktober 2020, Google telah memperluaskan Duplex kepada perniagaan di lapan buah negara.[94][95]
Kritik
[sunting | sunting sumber]Selepas pengumuman tersebut, timbul kebimbangan mengenai persoalan etika dan kemasyarakatan yang ditimbulkan oleh teknologi kecerdasan buatan seperti Duplex.[96] Sebagai contoh, pengendali manusia mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang bercakap dengan robot digital apabila berbual dengan Duplex,[97] yang dianggap oleh sebilangan pengkritik sebagai tidak beretika atau memperdaya.[98] Kebimbangan mengenai privasi juga dikenal pasti, kerana perbualan dengan Duplex dirakam supaya pembantu maya tersebut dapat menganalisis dan memberikan maklum balas.[99] Pembela privasi turut membangkitkan kebimbangan tentang bagaimana jutaan sampel suara yang dikumpul daripada pengguna dimasukkan semula ke dalam algoritma pembantu maya, menjadikan bentuk AI ini semakin pintar setiap kali digunakan. Walaupun ciri-ciri ini meperibadikan pengalaman pengguna, pengkritik ragu-ragu tentang implikasi jangka panjang akibat memberi syarikat "akses tanpa sampel kepada corak dan keutamaan manusia yang amat penting untuk fasa kecerdasan buatan yang seterusnya".[100]
Manakala ketelusan dirujuk sebagai bahagian utama kepada pengalaman tersebut apabila teknologi itu didedahkan,[101] Google kemudiannya menjelaskan dalam satu kenyataan dengan berkata, "Kami mereka bentuk ciri ini dengan pendedahan terbina dalam, dan kami akan memastikan sistem tersebut dikenalpasti secara bersesuaian."[102][98] Google menambah lagi bahawa, dalam bidang kuasa tertentu, pembantu tersebut akan memaklumkan pihak di hujung talian bahawa panggilan berkenaan dirakam.[103]
Penerimaan
[sunting | sunting sumber]Mark Hachman dari PC World memberikan ulasan positif terhadap Google Assistant, dengan menyatakan bahawa ia merupakan satu "peningkatan berbanding Cortana dan Siri."[104] Digital Trends menggelarnya "lebih pintar berbanding Google Now sebelum ini".[105]
Kritik
[sunting | sunting sumber]Pada Julai 2019, penyiar awam Belgium VRT NWS menerbitkan satu artikel yang mendedahkan bahawa kontraktor pihak ketiga yang dibayar untuk mentranskripsikan klip audio yang dikumpul oleh Google Assistant telah mendengar maklumat sensitif mengenai pengguna. Data sensitif yang dikumpul daripada peranti Google Home dan telefon Android termasuk nama, alamat, dan perbualan peribadi lain selepas pencetus kata kunci yang tidak sengaja, seperti panggilan perniagaan atau perbualan di bilik tidur.[106] Daripada lebih 1,000 rakaman yang dianalisis, 153 telah dirakam tanpa arahan "OK Google". Google secara rasmi mengakui bahawa 0.2% daripada rakaman didengar oleh pakar bahasa untuk menambah baik perkhidmatan Google.[107]
Pada 1 Ogos 2019, Pesuruhjaya Perlindungan Data dan Kebebasan Maklumat Hamburg di Jerman telah memulakan prosedur pentadbiran untuk melarang Google daripada menjalankan penilaian yang berkaitan oleh pekerja atau pihak ketiga bagi tempoh tiga bulan untuk melindungi hak privasi subjek data secara sementara buat masa ini, dengan memetik GDPR.[108] Jurucakap Google menyatakan bahawa Google telah menangguhkan "semakan bahasa" di semua negara Eropah sementara ia menyiasat kebocoran media baru-baru ini.[109]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "ios"
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Set up Google Assistant on your phone or tablet". Google Help. 2019-06-18. Diarkibkan daripada yang asal pada October 28, 2022. Dicapai pada 2019-06-18.
- ↑ The future is AI, and Google just showed Apple how it's done Diarkibkan November 8, 2020, di Wayback Machine Diterbitkan 5 Oktober 2016, Dicapai 5 Julai 2018
- ↑ Peters, Jay (2025-03-14). "Google is officially dumping Assistant for Gemini". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-14.
- 1 2 Bohn, Dieter (January 8, 2018). "Google is introducing a new Smart Display platform". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada January 13, 2018.
- ↑ "Google Assistant is already available on more than 1 billion devices" (dalam bahasa Inggeris). January 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2020. Dicapai pada January 7, 2020.
- ↑ Ben, Hannes, "The Future of Voice Commerce and Localisation" Diarkibkan Oktober 20, 2020, di Wayback Machine, Locaria, 20 Februari 2020
- ↑ "A more helpful Google Assistant for your every day". Google (dalam bahasa Inggeris). January 7, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2020. Dicapai pada January 21, 2020.
- ↑ "Google Assistant is having a Windows Copilot moment, and it's all thanks to AI". ZDNET (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-24.
- ↑ Vonau, Manuel (2023-11-23). "Google to let you use 'Classic Assistant' without Bard in the future". Android Police (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-24.
- ↑ Li, Abner (2024-01-16). "Google might rebrand 'Assistant with Bard' before launch". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-01-17.
- ↑ Li, Abner (2024-02-08). "Gemini app brings Google AI to Android and iPhone, rolling out now". 9to5Google (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-08.
- ↑ Lynley, Matthew (May 18, 2016). "Google unveils Google Assistant, a virtual assistant that's a big upgrade to Google Now". TechCrunch. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada January 26, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ de Looper, Christian (May 31, 2016). "Google wants to make its next personal assistant more personable by giving it a childhood". Digital Trends. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Savov, Vlad (October 4, 2016). "Pixel 'phone by Google' announced". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada February 10, 2017. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Bohn, Dieter (February 26, 2017). "The Google Assistant is coming to Marshmallow and Nougat Android phones starting this week". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Lunden, Ingrid (February 26, 2017). "Google Assistant, its AI-based personal helper, rolls out to Nougat and Marshmallow handsets". TechCrunch. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ El Khoury, Rita (March 16, 2017). "Google confirms wider Assistant rollout will not reach tablets". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Kastrenakes, Jacob (March 16, 2017). "Android tablets aren't getting Google Assistant anytime soon". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Amadeo, Ron (January 17, 2017). "Report: Android Wear 2.0 to launch February 9". Ars Technica. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2020. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Ingraham, Nathan (January 4, 2017). "The Google Assistant is coming to Android TV". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2020. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Singleton, Micah (May 17, 2017). "Google Assistant is coming to Android TV later this year". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Amadeo, Ron (February 26, 2017). "Google Assistant comes to every Android phone, 6.0 and up". Ars Technica. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Field, Matthew (October 4, 2017). "Google launches Pixelbook as first laptop with Google Assistant". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada January 12, 2022. Dicapai pada December 15, 2017.
- ↑ Johnson, Khari (November 11, 2017). "Google Pixel Buds review: Google Assistant makes a home in your ears". VentureBeat. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ Lardinois, Frederic (December 13, 2017). "Google Assistant is coming to older Android phones and tablets". TechCrunch. Oath Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 13, 2017.
- ↑ Sterling, Greg (April 22, 2019). "Google takes baby steps to monetize Google Assistant, Google Home". Search Engine Land. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2020. Dicapai pada April 22, 2019.
- ↑ Ruddock, David (May 15, 2017). "Google will announce Assistant for iOS soon, in the US only at launch". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Garun, Natt (May 17, 2017). "Hey Siri, Google Assistant is on the iPhone now". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada May 17, 2017.
- ↑ Dillet, Romain (May 17, 2017). "Google launches Google Assistant on the iPhone". TechCrunch. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada September 29, 2020. Dicapai pada May 17, 2017.
- ↑ Baig, Edward (January 9, 2018). "Google Assistant is coming to smart screens, rivaling Amazon Echo Show". USA Today. Dicapai pada January 13, 2018 – melalui WBIR-TV.
- ↑ Lee, Nicole (January 12, 2018). "CES showed us smart displays will be the new normal". Engadget. January 13, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada January 15, 2020. Dicapai pada January 13, 2018.
- ↑ "Google Home Hub—Under the hood, it's nothing like other Google smart displays". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 4, 2020. Dicapai pada October 11, 2018.
- ↑ Miller, Paul (October 4, 2016). "Google Assistant will open up to developers in December with 'Actions on Google'". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada May 16, 2020. Dicapai pada May 8, 2017.
- ↑ Low, Cherlynn (December 8, 2016). "Google opens up its Assistant actions to developers". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2019. Dicapai pada May 8, 2017.
- ↑ Vemuri, Sunil (March 30, 2017). "Game developers rejoice—new tools for developing on Actions on Google". Google Developers Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 8, 2017.
- ↑ Bohn, Dieter (May 17, 2017). "Third-party actions will soon work on Google Assistant on the phone". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Perez, Sarah (May 17, 2017). "Google Actions expand to Android and iPhone". TechCrunch. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2018. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Whitwam, Ryan (May 18, 2017). "Google Assistant gets an app directory with categories and sample commands". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Davenport, Corbin (May 29, 2017). "Google is offering up to $10,000 to developers making Google Assistant actions". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada June 1, 2017.
- ↑ Amadeo, Ron (April 27, 2017). "The Google Assistant SDK will let you run the Assistant on anything". Ars Technica. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2020. Dicapai pada April 28, 2017.
- ↑ Bohn, Dieter (April 27, 2017). "Anybody can make a Google Assistant gadget with this new toolkit". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada April 28, 2017.
- ↑ Gordon, Scott Adam (May 4, 2017). "Google voice control comes to the Raspberry Pi via new DIY kit". Android Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 8, 2017.
- ↑ Vincent, James (May 4, 2017). "You can now use Google's AI to add voice commands to your Raspberry Pi". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 8, 2017.
- ↑ Gurman, Mark; Bergen, Mark (May 15, 2017). "Google Wants Android and Its Assistant to Power Your Car Too". Bloomberg Technology. Bloomberg L.P. Diarkibkan daripada yang asal pada November 14, 2020. Dicapai pada May 17, 2017.
- ↑ O'Kane, Sean (May 15, 2017). "Audi and Volvo will use Android as the operating system in upcoming cars". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 17, 2017.
- ↑ El Khoury, Rita (May 18, 2017). "Google Assistant can now control more appliances and smart home devices including Roomba, LG, GE, and D-Link". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Kastrenakes, Jacob (May 17, 2017). "LG and GE add Google Assistant support to fridges, washers, ovens, and more". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Wollerton, Megan (May 17, 2017). "Google Assistant makes its way to your large home appliances". CNET. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Gartenberg, Chaim (2017-12-20). "Google's latest Assistant SDK updates make third-party speakers smarter". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
- ↑ Gartenberg, Chaim (December 20, 2017). "Google's latest Assistant SDK updates make third-party speakers smarter". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 21, 2017.
- ↑ Pelegrin, Williams (December 20, 2017). "Google Assistant SDK updated with new languages and features". Android Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 21, 2017.
- ↑ Kapoor, Sanjay; Fox, Nick (May 2, 2018). "Investing in startups and the future of the Google Assistant". Google Blog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada February 12, 2019.
- ↑ Toff, Jason (June 28, 2010). "The new voice of Google Voice". Google Voice Blog (dalam bahasa Inggeris). Google. Diarkibkan daripada yang asal pada July 2, 2010. Dicapai pada October 14, 2019.
- ↑ "Google on Instagram: "Meet the new voice of your Google Assistant: @issarae! 🤩 She's taking over our story today—follow along or say "Hey Google, #TalkLikeIssa"..."". Instagram (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2021. Dicapai pada October 14, 2019.
- ↑ Purewal, Sarah Jacobsson (October 4, 2016). "The difference between Google Now and Google Assistant". CNET. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ Steele, Billy (February 16, 2017). "Google Assistant now helps with your shopping on Google Home (updated)". Engadget. Oath. Diarkibkan daripada yang asal pada February 3, 2019. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ Martin, Taylor (February 16, 2017). "Google Home now lets you shop for everyday items with your voice". CNET. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ Ingraham, Nathan (September 25, 2017). "Order from Walmart by chatting with Google Home". Engadget. Verizon Media. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2020. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ D'innocenzio, Anne (October 12, 2017). "Target is joining forces with Google to take on Amazon". Business Insider. Axel Springer SE. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ Amadeo, Ron (April 11, 2017). "Google ruins the Assistant's shopping list, turns it into a big Google Express ad". Ars Technica. Condé Nast. Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2020. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Garun, Natt (April 10, 2017). "Google Assistant's shopping lists are moving to the Home app today". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Bohn, Dieter (May 17, 2017). "You can finally use the keyboard to ask Google Assistant questions". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ LeFebvre, Rob (May 17, 2017). "Google Assistant now accepts typed and verbal cues". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2019. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Welch, Chris (May 17, 2017). "Google Assistant will soon search by sight with your smartphone camera". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Conditt, Jessica (May 17, 2017). "Google Lens is a powerful, AI-driven visual search app". Engadget. AOL. Diarkibkan daripada yang asal pada February 4, 2020. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Garun, Natt (May 17, 2017). "You can buy stuff with Google Assistant now". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Solsman, Joan E (May 17, 2017). "Google Assistant wants to make buying stuff easier. Just ask it". CNET. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Scrivens, Scott (May 18, 2017). "Google Assistant will soon support sending money with your Google account". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Miller, Paul (May 18, 2017). "You'll soon be able to send money with Google Assistant". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Whitwam, Ryan (May 18, 2017). "Google Assistant on Android now has query history that you can edit or delete". Android Police. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 30, 2017.
- ↑ Liao, Shannon (November 6, 2017). "Google Assistant can now tell you what song is playing near you". The Verge. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ Li, Abner (November 6, 2017). "Google Assistant can finally recognize music and songs, rolling out now". 9to5Google. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2017.
- ↑ "Create shortcut commands". Google Support. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2018. Dicapai pada October 12, 2018.
- ↑ Whitwam, Ryan (July 3, 2018). "Google Assistant: Awesome features you need to start using. Trigger multiple commands". PC World. Diarkibkan daripada yang asal pada April 5, 2018. Dicapai pada October 12, 2018.
- ↑ Tarantola, Andrew (May 8, 2018). "John Legend is one of six new Google Assistant voices". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2019. Dicapai pada May 9, 2018.
- ↑ Martin, Taylor (May 9, 2018). "Try the all-new Google Assistant voices right now". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2021. Dicapai pada May 10, 2018.
- ↑ Garun, Natt (May 3, 2020). "Google will lose its John Legend Google Assistant voice on March 23rd". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2020. Dicapai pada June 3, 2020.
- ↑ "John Legend's Google Assistant cameo voice goes away March 23". Android Police. March 5, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2020. Dicapai pada June 3, 2020.
- ↑ Lardinois, Frederic (August 30, 2018). "The Google Assistant is now bilingual". TechCrunch. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada December 12, 2018.
- ↑ "Getting Punctuation on Speech-to-Text". Google Support. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada October 12, 2018.
- ↑ Byford, Sam (December 12, 2019). "Google Assistant's interpreter mode is coming to phones today". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada August 1, 2020. Dicapai pada December 13, 2019.
- ↑ Kastrenakes, Jacob (May 20, 2020). "Here are all the winners of the 2020 Webby Awards". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2020. Dicapai pada May 22, 2020.
- ↑ Garun, Natt (March 4, 2020). "Google Assistant can now read webpages aloud in 42 different languages". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada September 30, 2020. Dicapai pada November 9, 2021.
- ↑ "Google Assistant on Android can now read entire web pages to you". TechCrunch. March 4, 2020. Dicapai pada November 9, 2021.
- ↑ "Song stuck in your head? Just hum to search". Google. October 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada January 28, 2021. Dicapai pada October 15, 2020.
- ↑ "How to Find a Song by Humming - Google Hum to Search". www.techmaish.com (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-04. Diarkibkan daripada yang asal pada November 19, 2022. Dicapai pada 2022-11-19.
- ↑ Leviathan, Yaniv; Matias, Yossi (May 8, 2018). "Google Duplex: An AI System for Accomplishing Real-World Tasks Over the Phone". Google AI Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2021. Dicapai pada October 15, 2018.
- ↑ Nieva, Richard (May 9, 2018). "Google Assistant's one step closer to passing the Turing test". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 10, 2018.
- ↑ Leviathan, Yaniv; Matias, Yossi (May 8, 2018). "Google Duplex: An AI System for Accomplishing Real-World Tasks Over the Phone". Google AI Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2021. Dicapai pada May 10, 2018.
- ↑ Carey, Bridget (May 9, 2018). "Human or bot? Google Duplex scares me". CNET. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 10, 2018.
- ↑ Bergen, Mark (May 10, 2018). "Google Grapples With 'Horrifying' Reaction to Uncanny AI Tech". Bloomberg LP. Diarkibkan daripada yang asal pada October 31, 2020. Dicapai pada December 20, 2018.
- ↑ Welch, Chris (May 8, 2018). "Google just gave a stunning demo of Assistant making an actual phone call". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada January 27, 2021. Dicapai pada May 20, 2018.
- ↑ Simonite, Tom (October 9, 2018). "Google Duplex, the Human-Sounding Phone Bot, Comes to the Pixel". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada October 10, 2018.
- ↑ "Duplex, Google's conversational AI, has updated 3M+ business listings since pandemic". TechCrunch. October 15, 2020. Dicapai pada October 16, 2020.
- ↑ "Duplex is getting smarter and making life a little easier". Google. October 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada December 12, 2020. Dicapai pada October 16, 2020.
- ↑ Low, Cherlynn (May 11, 2018). "Google's AI advances are equal parts worry and wonder". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada June 10, 2019. Dicapai pada May 14, 2018.
- ↑ Gershgorn, Dave (May 12, 2018). "It's Google's turn to ask the questions". Quartz. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 14, 2018.
- 1 2 Vomiero, Jessica (May 12, 2018). "Google's AI assistant must identify itself as a robot during phone calls: report". Global News. Diarkibkan daripada yang asal pada January 12, 2021. Dicapai pada May 14, 2018.
- ↑ Jeong, Sarah (May 11, 2018). "No one knows how Google Duplex will work with eavesdropping laws". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada January 10, 2021. Dicapai pada May 14, 2018.
- ↑ Lulwani, Mona (October 5, 2016). "Personal Assistants are Ushering in the Age of AI at home". Engadget. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2019. Dicapai pada May 30, 2018.
- ↑ Leviathan, Yaniv; Matias, Yossi (August 5, 2018). "Google Duplex: An AI System for Accomplishing Real-World Tasks Over the Phone". Google AI Blog. Diarkibkan daripada yang asal pada February 1, 2021. Dicapai pada May 10, 2018.
- ↑ Statt, Nick (May 10, 2018). "Google now says controversial AI voice calling system will identify itself to humans". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2020. Dicapai pada May 14, 2018.
- ↑ Bergen, Mark (May 18, 2018). "Google's Duplex AI Robot Will Warn That Calls Are Recorded". Bloomberg. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2020. Dicapai pada May 20, 2018.
- ↑ Hachman, Mark (September 22, 2016). "Hands-on: Google Assistant's Allo chatbot outdoes Cortana, Siri as your digital pal". PC World. International Data Group. Diarkibkan daripada yang asal pada September 23, 2016. Dicapai pada March 17, 2017.
- ↑ "Google Assistant: Everything You Need To Know About The A.I." Digital Trends (dalam bahasa Inggeris). July 17, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada October 13, 2018. Dicapai pada October 12, 2018.
- ↑ "Beware! Google Assistant records conversations, and contractors can listen to your bedroom talk any time". The Economic Times. July 12, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada December 22, 2020. Dicapai pada January 10, 2020.
- ↑ "Google employees are eavesdropping, even in your living room, VRT NWS has discovered". vrtnws.be (dalam bahasa Inggeris). July 10, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada January 29, 2021. Dicapai pada August 3, 2019.
- ↑ "Data protection authority opens administrative proceedings against Google" (PDF). The Hamburg Commissioner for Data Protection and Freedom of Information. August 1, 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada August 3, 2019.
- ↑ Lecher, Colin (August 1, 2019). "Google will pause listening to EU voice recordings while regulators investigate". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada January 17, 2021. Dicapai pada August 3, 2019.
